assalamualaikum :')
Falun rindu dia .
Kenapa mesti ade perasaan rindu nie ?
Sungguh menyakitkan .
Hari ini tiada yang buat hati gembira
Hari ini tiada yang buat mulut tersenyum
Hari ini tiada yang buat mata bersinar
Hari ini tiada yang buat rindu terubat
Kata Orang ,
Ada masa ,
Orang yang kita kasih dan sayangkan kita ,
Akan memilih derita semata-mata ,
Mahu kita hidup bahagia.
Kata Orang ,
Wanita yang setia ,
Hanya menyimpan satu nama lelaki di hatinya .
Walaupun wanita itu sedar ,
Ramai lagi yang lebih baik.
Kata Orang ,
Kalau benar sayang ,
Pesan dengan hati jangan terlalu sayang .
Takut kita akan menangis sebab dia :')
Kata Orang ,
Kenangan lalu ,
Terlalu indah untuk dilupakan .
Terlalu pahit untuk di kenang .
Kata Orang ,
Cinta letaknya di hati ,
Meskipun tersembunyi ,
Namun jelas getarannya .
Mampu mempengaruhi fikiran ,
Sehingga melakukan tindakan luar kawalan.
Semuanya kerana cinta.
Saya tak sedih ,
Cuma kurang rasa gembira.
Saya tak menangis ,
Cuma keluar air saje dari mata :')
No comments:
Post a Comment