Tuesday, 26 February 2013

Hukum Belek Al-quran Dengan Air Liur


Jenaka Ustaz Azhar @JenakaUstAzhar Ramai orang dah jadi tabiat bila nak membelek Quran, dia jilat jari biar basah guna air luir, 
pastu dia belek Quran. 

Hukumnya HARAM mengenakan air liur pada Quran. Walaupun air liur tu bukan najis tetapi ia sesuatu yang kotor, jijik. Cuba jilat jari mung pastu calit kat muka orang lain. Dia marah tak? Marah lah. Itu tanda air liur itu kotor. Mana boleh kenakan benda yang kotor pada Quran.

Nanti ada orang kata, "habis tu nak belek muka surat Quran licin nak buat macamana ustaz?". Gunalah air paip! Letak dalam cawan kat sebelah mung. Kalau tak cukup secawan, ambil air satu baldi, apa susah!

"Nak buat macamana ustaz, dulu saya tak tau, ingatkan tak apa...". Dah tau ni, istighfar lah banyak-banyak, pohon keampunan dari Allah.

Sumber : Facebook 

No comments:

 
|Copyright Reserved to Fadzlun Aqilah | Washed Denim Template |