Al-Quran mempunyai
berbagai nama lain selain nama al-Quran.Walau bagaimanapun, nama yang terkenal
dan yang digunakan secara meluas ialah al-Quran. Hal itu berdasarkan Firman
Allah :
سورة البقرة ٢ : اية ١٨٥
Masa Yang Diwajibkan
kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan
Yang padanya diturunkan
Al-Quran
Ada ulama’ berpendapat Al-Quran mempunyai 66 nama, manakala
Abu Al- Ma’li Azizi bin Abd Malik mengatakan Al-Quran mempunyai 55 nama di
dalam kitab beliau iaitu Al-Burhan. Dan ada juga ulama’ yang mengatakan
Al-Quran mempunyai 90 nama. Walau bagaimanapun kesemua nama-nama itu sesuai
dengan kemuliaan dan keagungannya sebagai sebuah kitab suci daripada Allah
S.W.T. Antara nama-nama Al-Quran ialah :
1. Al-Furqan
Perkataan al-Furqan digunakan sebagai salah satu
daripada nama al-Quran, kerana kandungan al-quran itu menjelaskan kepada
manusia antara kebenaran dengan kebatilan. Oleh itu al-quran bertindak
sebagai pembeza dan pemisahan terhadap ajaran yang benar dengan ajaran yang
salah.
سورة
الفرقان ٢٥ : اية ١
Maha berkat Tuhan Yang menurunkan Al-Furqaan
kepada hambaNya (Muhammad),
untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam.
2. Al-Kitab
Perkataan Kitab di dalam bahasa Arab dengan
baris tanwin di akhirnya (kitabun) memberikan makna umum iaitu
sebuah kitab yang tidak tertentu. Apabila ditambah dengan alif dan lam di
depannya menjadi (Al Kitab) ia telah berubah menjadi suatu yang khusus (kata
nama tertentu). Dalam hubungan ini, nama lain bagi Al-Quran itu disebut oleh
Allah adalah Al-Kitab.
سورة السجدة ٣٢ : اية ٢
Diturunkan Al-Quran ini, Dengan tidak ada sebarang syak padanya,
dari Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan
sekalian alam.
3. Al- Mau’izah
Perkataan Al-Mau’izah digunakan sebagai salah
satu daripada nama al-Quran di sebabkan dalam al-Quran itu
mengandungi pengajaran dan peringatan kepada manusia dan sekalian alam, baik
dalam urusan keduniaan dan akhirat.
سورة
يونس ١٠ : اية ٥٧
Wahai umat manusia!
Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran
dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada
di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta
membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman
4. Ar-Rahmah
Allah menamakan Al-Quran dengan rahmat kerana
dengan Al-Quran ini akan melahirkan iman dan hikmah. Bagi manusia yang beriman
dan berpegang kepada Al-Quran ini mereka akan mencari kebaikan dan cenderung kepada
kebaikan tersebut.
سورة الاسراء ١٧ :
٨٢
Dan Kami turunkan Dengan
beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat suci Yang menjadi ubat penawar dan rahmat
bagi orang-orang Yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak
menambahkan orang-orang Yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan
kerugian jua.
5.
An-Nur
Panduan yang Allah gariskan dalam Al-Quran
menjadi cahaya dalam kehidupan dengan mengeluarkan manusia daripada taghut
kepada cahaya kebenaran, daripada kesesatan dan kejahilan kepada kebenaran
ilmu, daripada perhambaan sesama manusia kepada mengabdikan diri semata-mata
kepada Yang Maha Mencipta dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia
dan akhirat.
سورة النساء ٤ : اية ١٧٤
Kami pula telah
menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) Yang menerangi (segala
apa jua Yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan Yang kekal di
akhirat kelak).
6.
Ar-Ruuha
Allah SWT telah menamakan wahyu yang diturunkan
kepada rasulNya sebagai roh. Sifat roh adalah menghidupkan sesuatu. Seperti
jasad manusia tanpa roh akan mati, busuk dan tidak berguna. Dalam hubungan ini,
menurut ulama, Al-Quran mampu menghidupkan hati-hati yang mati sehingga dekat
dengan Penciptanya.
سورة الشورى ٤٢: اية 52
Dan demikianlah kami wahikan kepadamu ( wahai Muhammad ) al-quran
sebagai roh
( yang menghidupkan hati ) dengan perintah kami..
7. Asy-Syifaa’
Allah SWT telah mensifatkan bahawa Al-Quran yang
diturunkan kepada umat manusia melalui perantara nabi Muhammad SAW sebagai
penawar dan penyembuh. Bila disebut penawar tentu ada kaitannya dengan
penyakit. Dalam tafsir Ibnu Kathir dinyatakan bahawa Al-Quran adalah penyembuh
dari penyakit-penyakit yang ada dalam hati manusia seperti syirik, sombong,
bongkak, ragu dan sebagainya.
سورة يونس ١٠ : ٥٧
Wahai umat manusia!
Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran
dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada
di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta
membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman.
8 .
Al-Bayaan
Al-Quran adalah kitab yang menyatakan keterangan
dan penjelasan kepada manusia tentang apa yang baik dan buruk untuk mereka.
Menjelaskan antara yang haq dan yang batil, yang benar dan yang palsu, jalan
yang lurus dan jalan yang sesat. Selain itu Al-Quran juga menerangkan
kisah-kisah umat terdahulu yang pernah mengingkari perintah Allah lalu
ditimpakan dengan berbagai azab yang tidak terduga.
سورة ال عمران ٢ : ١٣٨
(Al-Quran) ini ialah
penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi
orang-orang Yang (hendak) bertaqwa.
9.
AL-Zikr
Allah SWT menyifatkan Al-Quran sebagai
adz-dzikra (peringatan) kerana sebetulnya Al-Quran itu sentiasa memberikan
peringatan kepada manusia kerana sifat lupa yang tidak pernah lekang daripada
manusia. Manusia mudah lupa dalam berbagai hal, baik dalam hubungan dengan
Allah, hubungan sesama manusia mahupun lupa terhadap tuntutan-tututan yang
sepatutnya ditunaikan oleh manusia. Oleh itu golongan yang beriman dituntut
agar sentiasa mendampingi Al-Quran. Selain sebagai ibadah, Al-Quran itu
sentiasa memperingatkan kita kepada tanggungjawab kita.
سورة الحجر ١٥ : اية
٩
Sesungguhnya Kamilah
yang menurunkan al-Quran dan Kamilah
yang memelihara dan menjaganya
No comments:
Post a Comment